Kad Kahwin Digital

Pasangan kongsi jemputan melalui WhatsApp, tetamu sahkan kehadiran terus dari telefon. Mudah untuk tetamu, kemas untuk tuan rumah.
Layari di card.webpadu.my ↗Assalamualaikum,
dan salam sejahtera.
Nama saya Tarmizie. Kebanyakan orang memanggil saya Mijii.
Saya bina website dan landing page untuk bisnes kecil di Malaysia, supaya pelanggan yang mencari tuan puan di internet jumpa satu tempat yang kemas dan meyakinkan, kemudian boleh terus menghubungi melalui WhatsApp. Saya bekerja seorang diri, jadi tuan puan berurusan terus dengan saya dari mula sampai siap.
Di bawah ini apa yang boleh saya bantu, hasil kerja saya, dan cara kita bermula. Semuanya ringkas sahaja.
Bahagian kedua
Enam perkara yang saya buat dengan kerap. Pilih yang sesuai dengan keperluan, tidak perlu ambil semuanya.
Satu halaman yang buat pelawat faham tawaran tuan puan dalam beberapa saat, kemudian terus tekan butang WhatsApp.
Profil syarikat yang lengkap dan kemas, supaya pelanggan dan rakan niaga yakin sebelum mereka menghubungi atau berurusan.
Tempahan dan kiraan harga yang tersusun secara automatik, supaya tuan puan kurang menjawab soalan berulang dan kurang kesilapan pesanan.
Tetamu terima jemputan di telefon, sahkan kehadiran dan jumpa lokasi majlis tanpa perlu bertanya lagi.
Pengunjung singgah lebih lama, bermain dan berinteraksi, dan lebih ingat jenama tuan puan selepas itu.
Kerja berulang seperti menjawab soalan lazim dibuat secara automatik, supaya masa tuan puan boleh fokus pada pelanggan.
Tentang harga: harga bergantung pada skop projek. Jemput bertanya di WhatsApp, sebutharga percuma, dan tiada paksaan untuk meneruskan.
Bahagian ketiga
Antara bisnes dan organisasi yang pernah mempercayai saya. Tekan nama untuk melihat website mereka:
Sangat mudah berurusan. Servis steady dan memenuhi kehendak pelanggan. Semoga maju jaya
Cantik hasilnya. Ringkas padat. Servis terbaik!
Terima kasih banyak kepada WebPadu. Betul betul padu. Harga murah, hasil premium. Siap pantas dalam seminggu.
Terima kasih banyak. Kamu sangat membantu. Good service. Saya akan recommend kamu kepada kawan saya yang perlukan servis ini.
Bahagian keempat
Empat langkah sahaja. Saya akan terangkan setiap satu apabila kita bersembang nanti.
Sebagai panduan masa: landing page boleh siap seawal 48 jam selepas bahan lengkap; website biasa mengambil masa 5 hingga 7 hari bekerja.
Bahagian kelima
Selain kerja pelanggan, saya suka membina benda kecil untuk mencuba idea dan teknologi baharu. Antaranya:

Game cerita untuk kanak kanak yang akan masuk Darjah 1. Anak cipta hero sendiri, buat keputusan sepanjang hari pertama di sekolah, dan belajar melalui aktiviti tangan.

Game web tentang nyamuk yang saya bina untuk belajar mekanik game.
Game puzzle 3D yang dimainkan dalam pelayar.

Prototaip game belajar tulisan Jawi untuk kanak-kanak.
Prototaip yang saya bina untuk mencuba idea dan teknologi baharu.
Bahagian keenam
Projek-projek ini sedang digunakan oleh orang sebenar. Jemput tekan dan lihat sendiri, jika sudi.

Pasangan kongsi jemputan melalui WhatsApp, tetamu sahkan kehadiran terus dari telefon. Mudah untuk tetamu, kemas untuk tuan rumah.
Layari di card.webpadu.my ↗
Rekod belanja melalui Telegram dalam beberapa saat, supaya kewangan harian lebih teratur dan jelas. Percuma 30 hari untuk mencuba.
Layari di buku35.my ↗
Platform game pembelajaran untuk kanak-kanak Malaysia. Masih dalam pembinaan, dengan penuh teliti.
Belum dibuka kepada umum
Platform yang saya syorkan kepada sesiapa yang mahu mula menceburi vibe coding dengan bimbingan, ala VIP. Saya menyertai program affiliate mereka, jadi pautan ini ialah pautan affiliate saya.
Layari di webpadu.my/interactivelink ↗Bahagian ketujuh
Harganya bergantung pada skop projek, sama ada landing page yang ringkas atau web app yang lebih rumit. Jemput bertanya di WhatsApp untuk sebutharga percuma. Harga akan jelas sebelum kita mula, dan tiada paksaan untuk meneruskan.
Landing page boleh siap seawal 48 jam selepas bahan lengkap. Website biasa pula mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari bekerja, bergantung pada skop dan kelengkapan bahan.
Cukup dengan logo jika sudah ada, gambar yang berkaitan, dan maklumat asas bisnes seperti senarai servis serta nombor WhatsApp untuk dihubungi. Kalau bahan belum lengkap, jangan risau, saya boleh bantu susunkan.
Boleh, dialu-alukan. Saya beroperasi dari Johor Bahru dan semua urusan dibuat dalam talian, jadi pelanggan dari seluruh Malaysia boleh berurusan dengan mudah.
Setiap projek disertakan sokongan teknikal percuma selama 30 hari selepas dilancarkan. Selepas tempoh itu, ada pilihan penyelenggaraan tahunan untuk yang mahu website mereka terus terjaga. Jemput tanya saya di WhatsApp untuk butirannya.
Tuan/puan berurusan terus dengan orang yang membina website tersebut, iaitu saya sendiri. Tiada orang tengah, jadi komunikasi lebih jelas dan tiada salah faham.
Bayangkan pelanggan yang baru dengar nama bisnes tuan puan. Dia cari di telefon, jumpa website yang kemas, baca sebentar, yakin, dan terus tekan butang WhatsApp. Itu yang saya bina, dan saya gembira jika dapat bina untuk tuan puan juga. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca sampai habis. Kalau ada projek, atau sekadar nak bertanya dahulu, saya alu-alukan. Tekan sahaja butang di bawah, kita bersembang di WhatsApp.
Berbual di WhatsAppatau emel: hello@mijii.my
Yang benar,
mijiiTarmizie Minhad